Peristiwa

Dua Pahlawan Selamatkan 6 Orang dari Parit

×

Dua Pahlawan Selamatkan 6 Orang dari Parit

Sebarkan artikel ini
Dua Pahlawan Selamatkan 6 Orang dari Parit
Doc. Foto: Sikapkeli.my

Koropak.com – Dua pria berani berhasil menyelamatkan enam anggota keluarga dari tenggelam setelah mobil yang mereka tumpangi terjatuh ke dalam parit di Kilometer 15, Jalan Selama-Bagan Serai, pada Sabtu lalu.

Kejadian yang terjadi sekitar pukul 15.45 itu disaksikan oleh Kamal Ramli, 36, seorang staf Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), yang juga turut membantu para korban kecelakaan.

Kamal, yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu, melihat mobil tersebut menabrak tiang listrik sebelum jatuh ke dalam parit. Dia menggigil melihat kejadian tersebut dan mendengar tangisan anak-anak serta teriakan minta tolong dari kursi belakang sambil menggapai tangan.

“Saya yang panik terus meminta bantuan pengguna jalan lain sampailah dua lelaki bermotosikal berhenti dan tanpa fikir panjang terus terjun mendapatkan tiga kanak-kanak yang masih kecil untuk dibawa ke tempat selamat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Terdahulu, tular video berdurasi 35 saat di media sosial memaparkan kereta jenis Proton Iriz berwarna hitam telah terbabas ke dalam parit yang dipenuhi air.

BACA JUGA:  Upacara HUT ke-79 RI Akan Upacara di Dua Lokasi

Menerusi video itu, seorang kanak-kanak lelaki yang berada di bahagian penumpang belakang meraih bahu lelaki yang berenang ke arahnya dan terdapat seorang lagi kanak-kanak didukung oleh remaja perempuan berusia 13 tahun.

Dalam pada itu, seorang wanita yang duduk di bahagian penumpang hadapan turut menghulurkan kanak-kanak dipegangnya kepada seorang lelaki lain untuk diselamatkan.

Tambah Kamal, dia bersyukur kesemua mangsa berjaya diselamatkan sebelum kereta terbabit tenggelam.

“Saya sendiri pun menggigil hendak turun berikutan trauma kerana mempunyai pengalaman hampir lemas ketika kanak-kanak dahulu.

“Niat saya merakam kejadian itu adalah untuk hargai keberanian abang tersebut dan beberapa individu lain yang sanggup terjun membantu mangsa kemalangan itu walaupun air ketika itu sangat dalam,” katanya.

Dia juga terkejut video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya dibanjiri dengan pujian daripada warganet yang mengagumi tindakan pantas orang awam membantu menyelamatkan mangsa kemalangan.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

error: Content is protected !!